Setiap tindakan pelaburan yang dilaksanakan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada pasaran semasa adalah dimaklumkan telahpun melalui proses analisis yang menyeluruh – ini termasuklah aktiviti perdagangan yang melibatkan saham Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).
Perihal itu didasari berasaskan nilai tambah pelaburan kepada ahli KWSP.
Jelas KWSP pada notis makluman minggu lalu, aktiviti dagangan ini tidak sekadar menyokong matlamat pelaburan KWSP yang lebih luas dan operasi mereka tetapi turut bertujuan menjana pendapatan yang diperlukan bagi pembayaran dividen dalam tahun kewangan tertentu.
Maka keputusan terkini untuk membuat tawaran am sukarela bagi saham MAHB pada harga RM11 sesaham sebagai sebahagian daripada konsortium mencerminkan rancangan strategik jangka panjang yang berasingan untuk mencapai pertumbuhan dan pulangan yang mampan.
Buat pengetahuan umum, KWSP telah menjadi pemegang saham MAHB selama hampir 25 tahun sejak November 1999 dan kini pihaknya telah melaksanakan konsortium di bawah Gateway Development Alliance (GDA) dengan menawarkan pembelian saham MAHB pada harga RM11 sesaham. Kesepakatan bersama UEM Group, Pihak Berkuasa Pelaburan Abu Dhabi (ADIA) dan rakan kongsi Infrastruktur Global (GIP) BlackRock ini sekaligus bertujuan menambahbaik prestasi pengurusan lapangan terbang di Malaysia.
Secara asaskan kerjasama ini akan perlihatkan gabungan kepentingan KWSP dan Khazanah (UEM) akan meningkat kepada 70% manakala ADIA dan GIP pula meraih baik pegangan 30% pada pasaran Malaysia.