Artikel

Kadar Penebusan Nirtunai Sektor Awam Kini Meningkat, Capai 86% – Mudahkan Rakyat Lunas Pembayaran

Penggunaan nirtunai (tanpa tunai) di Malaysia diperhatikan semakin rancak dan tidak lagi menjadi suatu perkara yang asing pada premis fizikal di pasaran, ini termasuklah di sektor perkhidmatan awam. Tahun ini sahaja, kadar penembusan nirtunai telah memaparkan peningkatan yang ketara apabila mencapai 86% di bawah penyeliaan Cashless Boleh 4.0.

Melihat pada akses pembayaran yang lebih mudah ini, pada pelaksanaan Cashless Boleh 5.0 baru-baru ini, Payments Network Malaysia (PayNet) kni meletakkan sasaran untuk mencapai kadar penembusan nirtunai 90% dalam sektor perkhidmatan awam pada tahun ini.

Buat pengetahuan umum, menerusi kempen Cashless Boleh ini ia bertujuan mempercepatkan penerimaan bayaran digital dalam sektor awam Malaysia. Usaha ini sekaligus akan menggalakkan lagi lebih ramai rakyat Malaysia untuk menggunakan saluran pembayaran seperti MyDebit, FPX, JomPay. DiretDebit dan DuitNow QR untuk melunaskan urusan mereka bersama agensi kerajaan.

Secara menyeluruh, berdasarkan kemajuan prestasi itu – sekitar 138 juta transaksi pembayaran digital telah direkodkan dengan 8 kementerian mencatatkan lebih 46 juta transaksi menerusi e-pembayaran.