Sepanjang 5 tahun lalu, ternyata sekitar 2.3 juta aduan telah direkodkan pada industri kewangan Malaysia – di mana 98% daripadanya melibatkan segmen perbankan dan selebihnya adalah insurans serta takaful.
Perkongsian Bank Negara Malaysia (BNM) pada sidang pelancaran Perkhidmatan Ombudsman Pasaran Kewangan (FMOS) hari ini secara jelas menunjukkan lebih ramai pihak mula peka akan aktiviti kewangan yang mengelirukan. Berdasarkan jumlah aduan tersebut, rekod ini 65% lebin tinggi secara purata berbanding tahun 2020. Didapati aduan yang direkodkan ini tidak sekadar berpandukan kepada data BNM sahaja tetapi turut melibatkan saluran penguatkuasa yang lain.
Status itu secara langsung menunjukkan lebih ramai penduduk Malaysia mula peka akan saluran aduan yang boleh dirujuk mereka selain kepada BNM semata.
Malah dengan pelancaran FMOS pada hari iniĀ – BNM dan Suruhanjaya Sekuriti (SC) terus meluaskan komitmen mereka untuk mengukuhkan lagi penyelesaian berhubung pertikaian dalam industri kewangan buat pengguna dan pelabur di seluruh Malaysia. Dengan peranan FMOS, ia dilihat akan menyelaraskan lagi piawaian pengawalseliaan, disamping melindungi kepentingan pengguna, pelabur dan industri kewangan.