Artikel

Terminal Bersepadu Gombak Mula Beroperasi – Pada 16 Februari 2025 Ini

Terminal Bersepadu Gombak (TBG) kelak secara rasminya akan mula beroperasi pada 16 Februari 2025 ini. Tindakan itu dikongsikan oleh pihak pengurusan terminal pada laman rasmi mereka pada hari ini.

Menerusi makluman itu, pengguna Lembah Klang akan memperlihatkan pelbagai bas yang menuju ke destinasi di Pantai Timur pada operasi terminal ini. Tidak hanya Pantai Timur, perjalanan melibatkan laluan destinasi ke Utara-Selatan turut akan tersedia.

Berlandaskan perkongsian rasmi itu, segala kemudahan dan fasiliti di TBG telahpun memaparkan 100% persiapan untuk menerima pada pengguna tidak lama lagi. Dan berdasarkan pemerhatian penulis di sekitar terminal tersebut – tugas-tugas pembinaan jajaran ECRL masih lagi berlangsung.

Setelah penyelesaian tersebut, dijangka TBG turut akan menyediakan kemudahan akses pengguna ECRL hingga ke Kota Bharu. Pembinaan tersebut bagaimanapun dijangka hanya selesai menjelang Disember 2026 kelak.