Seiring dengan negara pada Tahun Melawat Malaysia 2026, aliran pengangkutan bas pada pasaran tempatan dilihat semakin membrangsangkan khususnya pada permintaan perjalanan rentas sempadan ke Singapura dan Thailand.
Berdasarkan cerapan data redBus pada 2024, didapati laluan dari Kuala Lumpur ke Hatyai Thailand telah mencatatkan pertumbuhan yang baru dengan sebanyak 73% sementara laluan dari Johor Bahru ke Singapura pula telah alami peningkatan sebanyak 88%.
Perkembangan ini menurut data, telah disokong hasil proses kemasukan ke negara terlibat semakin mudah misalnya ke Singapura tidak lagi memerlukan tindakan memaparkan pasport mereka ketika sesi pemeriksaan imigresen.
Tidak hanya itu, perubahan saluran tempahan perjalanan menggunakan akses secara atas talian turut meningkatkan lagi penggunaan bas selaku pilihan pengangkutan pelancong di Malaysia. Jelas redBus, 81% daripada semua tempahan bas adalah dilakukan menerusi aplikasi dan angka itu meningkat sebanyak 19.4% berbanding tahun 2023.
Sementara taburan tempahan ketika perayaan pula dilihat didominasi oleh golongan muda dengan 50% tempahan melibatkan pengguna berusia 18 tahun sehingga 24 tahun. Dan lebih menarik mengikut data redBus, bulan Disember menjadi bulan yang paling sibuk bagi perjalanan melancong dan April pula menjadi bulan yang paling lenggang.
Melihat pada kemudahan itu, redBus menjangkakan Tahun 2025 akan lebih rancak berikutan pelbagai aktiviti kebudayaan, hiburan akan dilaksanakan di Malaysia, Singapura dan Thailand. Selain daripada pengangkutan bas, tempahan tiket feri turut meningkat melibatkan laluan Pulau Langkawi ke Koh Lipe dan Johor ke Batam.