Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) kini menyambut baik makluman yang dizahirkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim, berhubung usaha untuk meneroka dasar kewangan digital dalam mengiktirafkan teknologi mata wang kripto dan rantaian blok.
Agenda itu dilihat selari dengan keutamaan SC yang ingin meletakan Malaysia selaku pemain utama dalam arena kewangan digital global, bertepatan dengan matlamat Malaysia untuk tingkatkan penerapan digitalisasi dalam pasaran ekonomi.
Untuk makluman umum, SC telahpun bergerak secara aktif membentuk ekosistem pengawalseliaan bagi aset digital di negara termasuk mata wang krip sejak 2019. Setakat ini sahaja terdapat 6 pemain bursa aset digital telah diperakui oleh SC pada pasaran semasa. Antaranya Luno, SINEGY, Tokenize Tech, MX Global, HATA Digital dan Torum International.
Ketersediaan ini sekaligus menunjukkan komitmen SC untuk meluaskan lagi kerjasama mereka dengan agensi berkaitan seperti Bank Negara Malaysia (BNM) dalam membangunkan Malaysia selaku hab kewangan digital secara berperingkat di pasaran hadapan kelak.