Artikel

30,000 Pekerjaan Disasar Diwujudkan, Menerusi Pelaburan Perniagaan Malaysia Di UK

Selain menjangkakan kemasukan pelaburan luar ke pasaran tempatan, Malaysia turut berbuat langkah yang sama bagi meluaskan lagi hubungan ekonomi antarabangsa bersama negara lain – antaranya pada pasaran United Kingdom (UK).

Ketika ini terdapat potensi, 30,000 pekerjaan baharu dapat diwujudkan menerusi pelaburan libatkan perniagaan Malaysia di UK.

Potensi itu menurut Perdana Menteri UK, Keir Starmer telahpun diteliti bersama Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada lawatan beliau di sana. Buat pengetahuan umum, pengukuhan ekonomi antara UK dan Malaysia ini bukanlah perkara baharu – sebelum ini kedua negara telahpun menjalankan pelbagai kerjasama antaranya dalam perdagangan dan pendidikan.