Artikel

Program Kesan Isu Rabun Kalangan Murid Tahun 1 B40, M40 – Akan Diperluas Di Seluruh Malaysia

Kekangan wang dan ketidakmampuan untuk mengikuti pemeriksaan penglihatan, secara langsung telah membawa masalah kepada sebilangan pelajar untuk fokus ketika sesi pembelajaran. Memahami jurang itu, bersama Optimax Eye Specialist Center – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kini memaklumkan akan perluas program mengesan isu rabun kalangan murid B40 dan M40.

Ketika ini insiatif itu sedang dilaksana secara rintis melibatkan 16 sekolah di sekitar Putrajaya. Kumpulan pelajar ini akan menjalani pemeriksaan mata dan dikenalpasti akan keperluan pemakaian cermin mata. Setelah itu, kumpulan ini akan menerima sokongan cermin mata secara percuma untuk membantu mereka menangani isu penglihatan.

Setakat ini program tersebut tersedia untuk murid sekolah rendah Tahun 1 kategori B40 dan M40 sahaja, melihat pada maklum-balas yang positif kelak terdapat potensi untuk ia diperluas kepada kumpulan pelajar sekolah lain.