Artikel

Maybank Maklum – Sebilangan Khidmat Tidak Boleh Diakses Pada 8 Dan 15 Februari Ini 

Bagi menjamin sesi transaksi pengguna berjalan lancar, Maybank kini memaklumkan sebilangan perkhidmatannya akan tergendala pada 8 Februari 2025 dan 15 Februari 2025 – bermula jam 3 pagi sehingga 7 pagi.

Gangguan ini bermakna para pengguna tidak boleh mengakses perkhidmatan Maybank pada tempoh tersebut. Ia merangkumi perkhidmatan seperti DuitNow Transfer, DuitNow, DuitNow Request, DuitNow Overseas Transfer, JomPay, Instant Transfer & MEPS Cash Withdrawal, Interbank GIRO, FPX, Direct Debit dan QRPay.

Kesan daripada gangguan perkhidmatan ini, ia bermakna saluran perkhidmatan tersebut juga akan mengalami akses yang terhad iaitu melibatkan saluran Maybank2u web, aplikasi MAE, Maybank2u Biz, ATM dan SRM.

Maka untuk menghindari akan sebarang kesulitan pada urus-niaga para pengguna Maybank – adalah dinasihatkan untuk merancang transaksi anda pada tempoh yang lebih awal sebelum hari penyelenggaraan perkhidmatan tersebut.