Untuk merancakkan lagi penggunaan kenderaan elektrik di pasaran, Grab – penyedia seru-pandu serantau kini secara rasminya mengumumkan kerjasama dengan BYD bagi meluaskan lagi jejak EV bersama pemandu Grab.
Menerusi kesepakatan itu, ia secara langsung akan memperlihatkan penawaran unit BYD kepada kumpulan pemandu Grab, di mana pengguna boleh memilih mod Eco Friendly Ride yang akan mengutamakan pilihan pemandu kenderaan hijau. Ketika ini difahamkan mod tersebut tersedia di Singapura dan Thailand. Dan difahamkan, ciri ini tidak melibatkan sebarang caj tambahan kepada pengguna. Akses itu sekaligus berupaya meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan seru-pandu di pasaran Asia Tenggara dan berpotensi tersedia termasuklah di Malaysia.
Buat pengetahuan umum, ini bukanlah kali pertama Grab menyediakan penawaran unit kenderaan kepada kumpulan pemandu mereka. Sebelum ini, kemudahan tersebut telahpun tersedia untuk akses para pemandu.
Setakat ini sejumlah 50,000 unit BYD EV akan disediakan pada operasi Grab di pasaran semasa. Berdasarkan komitmen itu, sama-sama kita nantikan akan pelaksanaan tersebut pada pasaran Malaysia!