Rudingan pengambilalihan MASwings kini dimaklumkan telah selesai, tindakan itu secara langsung menjelaskan Sarawak kini pemilik penerbangan tersebut.
Biarpun sesi rundingan telah mencapai persetujuan bersama, peralihan itu akan dimuktamadkan pada Februari ini menerusi acara perjanjian jual-beli (SPA) yang dijangka berlangsung di Kuching, Sarawak.
Bagaimanapun setakat ini nilai aset perolehan tersebut tidak dimaklumkan dan pendedahan nama baharu syarikat penerbangan tersebut hanya akan diketahui setelah peralihan diselesaikan secara rasmi pada Februari ini.
Adanya peralihan tersebut, ia berupaya menyokong saluran pengangkutan Sarawak dengan menyediakan perkhidmatan penerbangan yang lebih fleksibel bersama penawaran harga tiket yang lebih stabil pada laluan Semenanjung-Borneo.