Artikel

Sarawak, Firma Jepun Bekerjasama Bangunkan Tekstil Angkasawan 

Sarawak kini meluaskan potensi ekonomi negeri menerusi kerjasama dengan firma Jepun, HighChem bagi menghasilkan teksil gas menggunakan teknologi rendah karbon untuk kegunaan angkasawan.

Kesepakatan yang dikongsikan ketika sesi Townhall 8 Tahun bersaa Premier Sarawak pada minggu ini, turut menjelaskan pihak negeri juga meneroka peluang menyertai sektor ekonomi angkasa. Perihal ini bagi memanfaatkan kedudukan negeri yang berhampiran dengan garisan Khatulistiwa.

Buat pengetahuan umum, ketika ini terdapat pertimbangan menjadikan Sarawak sebagai tapak pelancaran satelit susulan lokalitinya yang ideal. Maka dengan memanfaatkan peluang yang tersedia di pasaran, situasi tersebut dijangka akan membantu memacu ekonomi negara dengan lebih baik – antaranya merancakkan lagi kemasukan pelaburan pada pasaran hadapan.