Artikel

Pasaran Pusat Data Di Asia Tenggara Dijangka Melonjak, Capai $14.41 Bilion – Menjelang 2029

Pasaran pusat data di Asia Tenggara dijangka akan alami perkembangan lebih 5% pada setiap tahun dan menjelang 2029, segmen ini berupaya mencapai nilai $14.41 bilion.

Penilaian itu menurut pengamatan Hitachi Vantara, didorong kepesatan teknologi, ekonomi digittal pada pembangunan bandar di Asia Tenggara. Malah rantau ini dilihat menjadi persekitaran yang ideal untuk melaksanakan penyelesaian kecerdasan buatan (AI) pada pasaran semasa khususnya memiliki kapasiti kecekapan tenaga yang baik.

Perluasan ini antara lain akan meningkatkan kelebihan ke atas sektor ekonomi negara serantau dalam memajukan perkembangan perniagaan mereka di peringkat antarabangsa.

Secara menyeluruh, setakat Ogos 2024 terdapat 38 buah pusat data telah beroperasi di Malaysia dengan Selangor dan Johor menjadi lokasi tumpuan. Dan kelak dimaklumkan terdapat 19 buah pusat data lagi akan tersedia susulan ketika ini dalam pembinaan.

Selain Selangor dan Johor – pembangunan hab data di Malaysia turut dibangunkan di KL, Kedah, Penang, Sarawak, dan Negeri Sembilan.