Untuk mengatasi isu keciciran pendidikan dalam kalangan pelajar di Malaysia – tidak lama lagi Dasar Wajib Pendidikan Sekolah Menengah akan dibentangkan pada sesi Dewan Rakyat Februari 2025 ini.
Pengenalan dasar itu menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertujuan untuk memastikan perolehan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dikuat kuasakan ke atas semua pelajar negara. Tuntutan ini tidak sekadar menangani isu keciciran, meningkatkan kehadiran pelajar tetapi sekaligus meluaskan lagi peluang pelajar negara dalam pasaran pekerjaan kelak.
Ketika ini Dasar Pendidikan Wajib di Malaysia hanya melibatkan perolehan pendidikan selama 6 tahun sahaja iaitu pendidikan di peringkat sekolah rendah. Maka pada usaha lanjutan itu, tindakan pindaan akan berlaku ke atas Akta Pendidikan 1996.
Perubahan itu secara langsung akan membantu sektor pendidikan negara lebih terjamin di masa mendatang.
Buat pengetahuan, berdasarkan Dasar Wajib Pendidikan Rendah – jika ibu bapa atau penjaga gagal pastikan anak jagaan mereka mengikuti pendidikan wajib seperti yang tertakluk di bawah perundangan. Maka kumpulan penjaga ini berpotensi disabitkan dengan hukuman denda tidak lebihi RM5,000 atau dipenjarakan tidak lebih 6 bulan atau kedua-duanya sekali.