Artikel

Malaysia Kenakan Duti Anti-Lambakan Import Besi, Keluli – Ke Atas China, India, Jepun Dan Korea Selatan

Berkuat kuasa pertengahan Januari ini, pentadbiran negara telah mula mengenakan duti anti-lambakan antara 2.52% sehingga 36.8% terhadap sebilangan produk besi atau keluli bukan aloi dari China, India, Jepun dan Korea Selatan.

Pengenaan duti sementara ini akan melibatkan produk gulungan rata besi atau kelulu bukai aloi dengan kelebaran 600 milimeter yang disadur dengan timah. Di mana pengenaan itu akan berlangsung selama 120 hari sehingga pertengahan Mei kelak.

Tindakan ini diambil menurut Kementerian Pelaburan, Perdagangan, dan Industri (MITI) untuk mencegah situasi penjualan produk di bawah laras harga domestik. Situasi itu secara langsung memberi kesan kepada industri domestik di Malaysia dan ia bertepatan dengan Akta Duti Timbal-Balas dan Anti-Lambakan 1993 serta 1994.

Secara menyeluruh terdapat notis menyatakan dagangan dari 4 negara ini adalah harga lebih rendah berbanding harga pasaran domestik di negara asal. Persekitaran itu secara langsung mampu memberi kesan kepada industri tempatan Malaysia. Maka, penyiasatan lanjut akan diteruskan sehingga meraih keputusan muktamad pada Mei 2025 ini.