Artikel

KWSP Akan Aktifkan Akses Simpanan Syariah, Pada Setiap Awal Bulan – Mulai 1 April Ini

Sebelum ini, mana-mana pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang ingin beralih mendaftar akaun caruman mereka daripada Simpanan Kovensional kepada Simpanan Syariah – perlu menunggu lebih lama, berikutan peralihan itu akan berkuat kuasa pada setiap 1 Januari tahun berikutnya. Namun kini tidak lagi.

Bermula 1 April 2025 ini, KWSP akan membolehkan peralihan pendaftaran Simpanan Syariah dilaksanakan pada setiap awal bulan. Ini bermakna, sekiranya para pencarum yang berkaitan melaksanakan permohonan beralih ke Simpanan Syariah sebelum 24 Mac ini, maka peralihan akaun caruman mereka akan secara rasminya dikuat kuasa pada 1 April ini.

Tempoh tersebut susulan, KWSP telahpun melaksanakan semakan peralihan tersebut bermula 25 Disember 2024 lalu. Namun sekiranya pencarum memohon peralihan akaun ke Simpanan Syariah mulai 1 April 2025 maka penguatkuasaan peralihan tersebut akan berlaku pada setiap awal bulan berikutnya.

Adanya penambahbaikan ini, ia akan memberi akses yang lebih mudah untuk pencarum menguruskan simpanan persaraan mereka mengikut kehendak pematuhan syariah di pasaran negara.


Jadual Peralihan menurut KWSP:

Sebelum 25 Disember 2024 – Tarikh kuat kuasa peralihan adalah pada 1 Januari 2025

Antara 25 Disember 2024 hingga 24 Mac 2025 – Tarikh kuat kuasa pada 1 April 2025

Antara 25 Mac hingga 31 Mac 2025 – Tarikh kuat kuasa pada 1 Mei 2025

Mulai 1 April 2025 – Tarikh kuat kuasa peralihan akan berlaku pada tarikh bulan berikutnya