Artikel

76% Rakyat Malaysia Jangka Kadar Inflasi, Cukai Akan Lebih Tinggi – Pada 2025

Setelah melalui fasa tahun yang memaparkan pelbagai dinamik dalam segmen ekonomi tempatan mahupun global – rakyat Malaysia pada tahun 2025, menjangkakan prestasi tahun ini lebih membrangsangkan dengan pertumbuhan ekonomi lebih mengukuh.

Jangkaan ini menurut dapatan Ipsos, mewakili 81% optimis akan kemajuan ekonomi Malaysia. Selain didorong pemacuan sokongan kecerdasan buatan (AI) di pasaran semasa, kemasukan pelaburan melibatkan pusat data juga dilihat antara pemangkin kepada perluasan pendapatan yang lebih baik buat pekerja negara. Tidak hanya itu usaha negara dalam melaraskan agihan subsidi yang lebih bersasar turut meningkatkan keyakinan pada faktor ketelusan, disusuli langkah peralihan tenaga yang akan membantu menyeragamkan sumber negara secara berkala.

Tahap keyakinan ini untuk makluman melebihi paras global yang dicatatkan sekitar 71%.  

Biarpun tahun 2025 akan memaparkan potensi yang lebih besar dalam ekonomi negara, namun perlu diakui kemajuan ini secara langsung akan menuntut percukaian yang lebih tinggi. Berlandaskan faktor inflasi dan cukai, 80% rakyat negara menjangkakan percukaian di Malaysia akan lebih tinggi pada tahun ini berbanding tahun 2024. Sementara 76% pula menjangkakan kadar inflasi lebih tinggi berbanding 2024.

Selain tumpuan pada segmen ekonomi, didapati 68% rakyat Malaysia mengakui bimbang akan kemungkinan krisis kesihatan global baharu. Peraturan ini untuk makluman lebih tinggi berbanding 47% purata global. Kebimbangan ini diteliti, berupaya menjejaskan pendapatan mereka sekiranya ia berlaku sebagaimana yang didepani pada tahun 2020 – kesan pandemik COVID-19.