Artikel

BNM Kini Benarkan KAF Digital Bank, Mulakan Operasi Bank Digital Islam – Di Pasaran Malaysia

Setelah 3 bank digital tersedia di pasaran semasa, kini Malaysia menyaksikan penampilan bank digital Islam kedua yang telah meraih kelulusan operasi dari Bank Negara Malaysia (BNM) pada 20 Disember 2024 lalu – iaitu KAF Digital Bank.

Kelulusan operasi ini sekaligus seiring dengan jangkaan KAF Investment Bank yang ingin merealisasikan pengenalan bank digital Islam mereka pada pasaran Malaysia sebagaimana yang dimaklumkan sebelum ini.

Buat pengetahuan umum, KAF Digital Bank adalah gabungan kerjasama yang dikendalikan KAF Investment Bank bersama Carsome, MoneyMatch, Jirnexu dan StoreHub.

Menerusi penawaran ini, ia akan merancakkan lagi arena persaingan bank digital Malaysia di samping meluaskan lagi akses kewangan bersama kumpulan pengguna khususnya pekerja rencam di negara. Pada makluman itu, KAF Digital Bank adalah merupakan bank digital yang mematuhi piawaian syariah yang tertakluk di bawah perlesenan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (APKI).