Menyedari tahap kebergantungan sebilangan barangan asas pada pasaran luar kekal tinggi, Malaysia kini dalam perancangan mengurangkan tindakan tersebut – antaranya melibatkan pengurangan 30% import bekalan bawang.
Perihal ini susulan Program Pembangunan Tanaman Bawang sedang dilaksanakan, di mana langkah itu berupaya membawa penjimatan sekitar RM300 juta kepada negara.
Pengurangan itu sekaligus akan menuntut negara meluaskan lagi penghasilan bawang di pasaran tempatan. Ini kerana sekiranya Malaysia tidak menamatkan kebergantungan tersebut, ia berupaya meningkatkan kos import negara secara berkala. Berikutan krisis bekalan bawang telahpun berlaku sejak 2020 di mana keadaan itu menyebabkan harga di pasaran kini lebihi 30%.
Maka untuk memastikan matlamat ini dicapai, terdapat insiatif tambahan akan disegerakan Kementerian Pertanian negara – ianya meliputi kemudahan pengairan, penyimpanan, teknologi pengeluaran bawang serta inisiatif melibatkan cabaran seperti perubahan iklim, serangan penyakit serta persaingan harga bawang di pasaran serantau.
Secara menyeluruh, Malaysia telah mengimport bawang merah segar kebanyakkan daripada India (62%), Belanda (15%), China (9%), Pakistan (8%), Thailand (2%), Mesir (2%) dan lain negara (2%).