Pada peringkat awal, lebih $20 bilion dianggarkan kos kerugian perlu ditanggung pihak insurans melibatkan tragedi kebakaran hutan yang menyebabkan kemusnahan di kawasan Los Angeles telah direkodkan namun kini anggaran tersebut telah alami peningkatan ketara – di mana selain kerosakan lokasi semasa, kerugiaan ekonomi turut dijangka meningkat sehingga $150 bilion.
Anggaran kerugian ini menurut JP Morgan dan AccuWeather dijangka jadi kos paling mahal yang pernah direkodkan pada sejarah Amerika Syarikat (AS).
Tragedi ini untuk makluman telah memberi kesan ke atas lebih 29,000 ekar tanah di sekitar LA di mana sekitar 10,000 hektar melibatkan lokasi bangunan, dan hampir 180,000 orang perlu melalui proses pemindahan susulan kesan kebakaran tersebut.