Artikel

PM Anwar Saran Malaysia Terokai Bidang Rantaian Blok

Tidak hanya tertumpu kepada industri mikrocip dan semikonduktor sahaja, Malaysia kini dilihat sewajarnya meluaskan tumpuan ekonomi pasaran. Antaranya meneroka bidang seperti rantaian-blok (blockchain).

Saranan ini dizahirkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada sidang Forum Ekonomi Malaysia 2025, minggu lalu. Keperluan ini selain meningkatkan kekuatan ekonomi negara ia juga dapat memastikan negara bergerak seiring dengan permintaan pasaran semasa. Kegagalan menyertai dan mengambil peluang dalam bidang baharu, situasi ini akan menyebabkan pasaran negara ketinggalan.

Selain arena rantaian blok, Malaysia ketika ini turut memberi penekanan akan perluasan pelaburan dan perdagangan, di samping akan langkah peralihan tenaga yang berupaya membantu negara meraih penjimatan serta mengurangkan kebergantungan pada sumber negara luar.