Tahun ini disasar akan memperlihatkan peningkatan kos pada segmen hartanah, apabila harga rumah di Lembah Klang khususnya kediaman bertanah dijangka berpotensi meningkat sehingga 4%.
Keadaan ini menurut laporan Unjuran Pasaran Hartanah CBRE WTW, didorong hasil permintaan jualan yang kekal tinggi disegelintir kawasan – antaranya di lokasi pembangunan matang bandar seperti Petaling Jaya, Bangsar, Ampang dan Taman Tun Dr Ismail. Tambahan penawaran unit ini dilihat lebih terhad menjadikan ia sebagai tumpuan utama dalam pembelian kediaman.
Maka kenaikan harga pada lokasi sedemikian dijangka tidak akan jejaskan aliran permintaan semasa.
Buat pengetahuan umum, lonjakan harga rumah bertanah di Lembah Klang pada tahun ini dilihat lebih tinggi berbanding tahun 2024 – yang memaparkan kenaikan hingga 3% sahaja.
Selain lokaliti tersebut, unit kediaman tumpuan turut terarah pada kawasan pinggir Kuala Lumpur antaranya seperti Sepang, Puncak Alam dan Semenyih.