Sekiranya anda pengemar makanan pastri dan roti, pastinya anda mengenali Tous les Jours iaitu rangkaian kedai roti Korea yang pernah tersedia di pasaran Malaysia. Kini terdapat berita baik, bahawa operasi ini akan kembali memasuki pasaran Malaysia dengan menyasarkan pembukaan 5 cawangan pada tahun 2025.
Bagi yang tidak mengetahui, sebelum ini Tous les Jours telahpun memasuki pasaran Malaysia pada tahun 2013 namun secara mengejutnya kumpulan operasi menutup seluruh operasi mereka pada tahun 2017.
Dengan kemasukan semula Tous les Jours pasaran makanan pastri dan roti di Malaysia, ia dilihat akan merancakkan lagi permintaan di pasaran negara. Susulan permintaan rangkaian roti di Malaysia memperlihatkan peningkatan yang baik pada pasaran semasa khususnya kalangan golongan muda.
Selain Malaysia, operasi Tous les Jours telahpun tersedia di pasaran Indonesia, Vietnam, Kemboja dan Singapura. Maka pada kemasukan itu, cawangan pertama dijangka akan dibuka di Sunway Pyramid pada suku kedua dan selanjutnya di Sunway Velocity. Sementara 3 cawangan lagi masih dalam pertimbangan berhubung penempatan lokasi.