Artikel

Ini 15 Pekerjaan Yang Berpotensi Meningkat Dan Berkurang Di Pasaran – Bagi Tempoh 2025-2030

Kemasukan sokongan teknologi seperti kecerdasan buatan (AI) dilihat telah mengubah corak tuntutan pasaran pekerjaan di seluruh dunia – ini termasuklah pasaran di Malaysia. Melihat pada potensinya yang berupaya meningkatkan produktiviti semasa didapati terdapat 170 peranan baharu dapat diwujudkan menjelang 2030 ini!

Data di bawah Forum Ekonomi Dunia (WEF) menjelaskan biarpun sokongan teknologi membawa kepada potensi 78 juta pekerjaan baharu dapat dicipta namun perlu disedari terdapat sekitar 92 pekerjaan pula berkemungkinan terjejas pada tempoh tersebut.

Hasil pengumpulan data bersama lebih 1,000 syarikat di bawah laporan The Future of Jobs Report 2025, ini antara 15 pekerjaan yang miliki potensi peningkatan permintaan bersama 15 pekerjaan lagi yang berkemungkinan semakin menurun di pasaran semasa: