Bagi menggalakkan akses perlindungan kalangan Bumiputera dan penjawat awam terus meluas – Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) dan Zurich Takaful kini laksana kerjasama dengan menampilkan Skim Perlindungan MyAngkasa Plus untuk kemudahan pengguna semasa.
Pengenalan skim ini juga akan bertindak meningkatkan perlindungan ke atas lebih 7.2 juta anggota Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa). Usaha ini akan memberi manfaat kepada ahli koperasi yang memiliki komitmen pembiayaan dan menggunakan khidmat Sistem Potongan Gaji Angkasa (SPGA).
Selain manfaat kesan bencana, skim ini turut akan melindungi ahli yang terlibat pada pembiayaan dengan mengurangkan risiko ketidakmampuan bayaran semula dan tunggakan. Tidak hanya itu, di bawah pelan ini ia turut menawarkan pelindungan 24 jam daripada situasi luar jangka dan perlindungan takaful bagi kehilangan pekerjaan tanpa sukarela.
Maka adanya perluasan akses perlindungan ini – Angkasa dan Zurich beranggapan ia turut menjadi inisiatif mereka dalam mempersiapkan Malaysia untuk depani status negara masyarakat tua menjelang 2030. Perihal ini antara lain akan memperlihatkan kebajikan perlindungan penduduk negara terus terjamin bersama dana perlindungan.