Dengan usaha menghubungkan akaun GXBank kepada Moomoo – pengguna GXBank kini boleh sertai arena pelaburan dengan laksana pemindahan wang secara mudah pada akaun Moomoo yang dikenali sebagai Universal Moomoo.
Adanya akses integrasi ini secara terus meluaskan peluang pengguna GXBank untuk memasuki arena pelaburan. Tidak hanya itu ciri ini turut memudahkan para pengguna negara mengembangkan portfolio kewangan mereka secara berkala.
Rentetan daripada kerjasama itu, mana-mana pengguna GXBank yang membuka akaun Universal Moomoo dan melaksanakan transaksi pelaburan menggunakan GXBank akan menerima ganjaran eksklusif. Ini termasuklah perolehan 4x saham Grab tambahan dan 1.7x saham Apple. Bagaimanapun ganjaran ini tersedia untuk tempoh had sahaja.
Pada kesepakatan itu, ia turut akan meluaskan jaringan pelabur Moomoo di mana ketahui ketika ini GXBank memiliki sekitar 1 juta pengguna dengan lebih 900,000 Saving Pockets tersedia pada aplikasi.