Getty Images dan Shutterstock, penyedia penerbitan kandungan gambar serta video di pasaran global kini mengumumkan laksana gabungan operasi mereka dalam membentuk entiti baharu – pada nilai sekitar $3.7 bilion.
Gabungan ini difahamkan akan memperlihatkan peratusan pegangan yang berbeza pada pengenalan entiti baharu di mana Getty Images akan meraih 54.7% sementara Shutterstock pula 45.3%.
Malah langkah ini juga antara lain dibuat untuk menghadapi ancaman daripada medium generatif AI seperti Midjourney dan DALL-E dari OpenAI, yang mampu menghasilkan imej dan video berdasarkan arahan teks mudah daripada pengguna. Perihal ini secara langsung meningkatkan risiko dan persaingan pada pasaran.
Perjanjian ini dijangka akan menjana penjimatan kos tahunan antara AS$150 juta hingga AS$200 juta setelah 3 tahun syarikat gabungan ini beroperasi. Difahamkan gabungan tersebut akan dinamakan sebagai Getty Images Holdings dan akan disenaraikan pada papan Bursa New York pada simbol dagangan GETY.
Lebih menarik kesepakatan ini akan turut melaraskan kembali pengendalian perkhidmatan kandungan di bawah kedua jenama tersebut. Ia meliputi Giphy, Envato dan Unsplash.