Artikel

Oriental Kopi Rancang Naikkan Harga Menu – Kesan Lonjakan Kos Bahan Mentah

Biarpun sambutan jualan dilihat membrangsangkan, Oriental Kopi turut menjadi antara rangkaian yang tidak terlepas daripada tekanan kos pasaran semasa. Berikutan persekitaran itu, Oriental Kopi kini merancang untuk menaikkan harga menu mereka bagi mengurangkan kesan tersebut.

Langkah ini untuk makluman, tidak diambil sewenangnya di mana pihak operasi telah menjalankan semakan harga menu mereka dalam tempoh setiap 6 bulan secara berkala seiring dengan kenaikan harga komoditi yang berlaku di pasaran – antara kos harga biji kopi dan bahan meentah yang lain.

Rancangan ini telah dikongsikan pihak Oriental Kopi pada sidang pelaksanaan prospektus penyenaraian IPO mereka di Pasaran ACE pada minggu ini. Namun tindakan itu tidak diperincikan akan tempoh pelarasan semula harga menu tersebut.

Pada pengembangan lain, Oriental Kopi turut berhasrat meluaskan 14 rangkaian baharu merangkumi di beberapa negeri antaranya Selangor. Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Johor, Melaka, Pahang, Sabah dan Sarawak.

Prospektus merujuk kepada kenyataan rasmi untuk perhatian umum yang memberikan butiran tentang tawaran saham

Apa Itu Pasaran ACE?

Pasaran ACE iaitu Access-Certainty-Efficiency ialah pasaran yang disokong oleh penaja bagi sesebuah syarikat yang miliki pertumbuhan positif. Ini bermakna sekiranya syarikat ingin memasuki penyenaraian adalah perlu mencari penaja untuk menilai prospek perniagaan mereka.