Artikel

AI Dorong Lebih 600,000 Pekerja Di Malaysia Perlu Perbaharui Kemahiran, Untuk Kekal Relevan – MOSTI

Dalam tempoh 10 tahun lagi, dijangka lebih 30% pekerjaan di Malaysia akan dipengaruhi kecerdasan buatan (AI). Situasi ini secara jelas menuntut pembaharuan kemahiran kalangan pekerja untuk kekal relevan. 

Peringatan yang dizahirkan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) ini bertujuan memastikan hak pekerja di pasaran semasa tidak mengalami kesan yang mengejut. Berdasarkan statistik semasa, lebih 600,000 pekerja perlu jalani latihan semula dalam tempoh 3 hingga 5 tahun untuk memastikan keperluan tenaga kerja mereka kekal relavan dan tidak tergugat.

Dan adanya inisiatif awal, persekitaran ini akan membantu negara untuk memiliki sekitar 500,000 pekerja mahir tambahan menjelang 2030. 

Antara sektor utama yang menjadi tumpuan akan keperluan kemahiran yang lebih baik adalah pada sektor pembuatan, perkhidmatan dan teknologi maklumat.