Perkembangan segmen pelaburan dalam aset digital dilihat tidak sekadar membuka peluang kepada perolehan pendapatan yang lebih tinggi, namun turut meluaskan ruang untuk para perasuah menjadikan medium seperti mata wang kripto sebagai aktiviti transaksi haram mereka. Antaranya menggunakan Bitcoin dan Ethereum.
Menyedari isu ini berpotensi meningkat, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kini dalam usaha meningkatkan kemahiran tenaga kerjanya dalam mengendalikan kes rasuah melibatkan aset digital di pasaran negara.
Langkah itu antaranya menyediakan latihan khusus penyiasatan mata wang kripto buat sebilangan pegawai SPRM dan usaha itu turut melibatkan kerjasama dengan Polis Antarabangsa Interpol dan Kumpulan Kerja Forensik Digital.