Tencent, kini menjadi antara syarikat utama China yang telah ditambah Amerika Syarikat (AS) pada senarai firma yang dimaklumkan laksana kerjasama bersama tentera China.
Tindakan itu mengikut laporan adalah usaha AS untuk menghalang daripada sebarang risiko keselamatan ke atas pemain ekonomi mereka. Susulan tindakan itu, saham Tencent yang disenaraikan di AS telah alami penurunan 8% di pasaran semasa.
Bagaimanapun, Tencent telah menafikan sebarang perkaitan operasi mereka bersama pihak ketenteraan. Untuk makluman umum, senarai di bawah Seksyen 1260H untuk makluman adalah senarai amaran dan risiko kepada firma AS. Di mana senarai ini tidak mengharamkan mana-mana syarikat yang terlibat dari terus operasi pada pasaran AS namun terdapat potensi untuk berdepan langkah sekatan kelak.
Selain Tencent, syarikat CATL selaku pembuat bateri dan antara pembekal utama Tesla turut berdepan penambahan pada senarai kerjasama tersebut.