Artikel

Sistem Alamat Nasional Akan Diperkenalkan – Atasi Isu Tidak Seragam, Urus Lebih 12 Juta Alamat Di Malaysia

Ketiadaan sumber alamat berautoriti yang diiktiraf oleh pentadbiran negara selaku rujukan utama – dilihat telah menyebabkan berlakunya ketidakseragaman pengurusan alamat di pasaran Malaysia. Maka untuk mengatasi kelompongan itu, kerajaan kelak akan perkenalkan Sistem Alamat Nasional (NAS). 

Berikutan tiada pihak rujukan utama telah mengakibatkan kecekapan penyampaian khidmat awam di Malaysia terjejas dan lebih RM700 juta setahun telah dibelanjakan negara untuk mendapatkan perkhidmatan geospatioal dan navigasi utama dari luar negara. 

Situasi ini secara jelas tidak sekadar membawa kepada ketirisan pendapatan tetapi turut meningkatkan risiko akan pengurusan maklumat di Malaysia. Cabaran ini untuk makluman diperlihat pada pengurusan alamata yang tidak bersturtur khususnya di kawasan luar bandar, kampung serta lokasi bandar yang padat.

Secara menyeluruh inisiatif NAS akan melibatkan kerjasama antara Kementerian Komunikasi menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC). Di mana ia akan bertindak selaku sumber alamat tunggak yang diiktiraf kerajaan dengan mengurus lebih 12 juta alamat di seluruh negara. 

Adanya pelaksanaan ini ia tidak sekadar meningkatkan pasaran semasa tetapi turut membantu merancakkan lagi sasaran pada segmen ekonomi digital di masa hadapan.