Setelah meneroka langkah tawaran awal permulaan awam (IPO) di Pasaran ACE Bursa Malaysia, Oriental Kopi kini memaklumkan pihaknya menyasarkan pengumpulan RM184 juta melibatkan terbitan saham biasa sebanyak 418.1 juta yang dijadualkan pada 23 Januari ini.
Perolehan itu untuk makluman akan diperuntukkan 29.2% bagi menyokong perluasan operasi untuk membangunkan pejabat utama baharu, diikuti hab dapur serta gudang jenama. Malah pengurusan juga memiliki perancangan untuk meluaskan Oriental Kopi di pasaran antarabangsa bersama sokongan dana tersebut.
Selain itu, 19.8% peruntukan akan diterapkan pada pengembangan rangkaian kafe di pelbagai negeri, disusuli 2.7% untuk perluasan segmen makanan pek, 3.0% aktiviti pemasaran di pasaran luardan 41.2% pula melibatkan kos modal kerja operasi.
Adanya pelan perluasan secara berkala ini, ia tidak sekadar meningkatkan pertumbuhan ekonomi operasi bahkan turut akan merancakkan lagi aliran perbelanjaan dalam pasaran negara dan menjadi tarikan pelancong tempatan akan penawaran produk tempatan di pasaran semasa.