Bersempena Tahun Melawat Malaysia 2026, hari ini secara rasminya kerajaan melancarkan logo baharu pada agenda tersebut dan optimis akan kemasukan 35.6 juta pelancong bagi merancakkan aktiviti ekonomi negara.
Sasaran ini untuk makluman akan mengfokuskan kepada kedatangan pelancong asing dari negara Asia, Asia Barat, Asia Selatan dan Asia Timur bersama perolehan pendapatan pelancongan sekitar RM147.1 bilion pada tempoh tersebut.
Dengan memanfaatkan peranan selaku Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia menjangkakan tahun ini aliran kemasukan pelancong akan lebih rancak dan sekaligus membantu negara meluaskan lagi promosi Tahun Melawat Malaysia 2026.
Selain memperkasakan kemasukan pelancong asing, aliran pelancong domestik juga dilihat semakin membrangsangkan apabila setakat September 2024 seramai 193.3 juta pelawat telah direkodkan dengan menyumbang kepada pasaran ekonomi negara sekitar RM77.8 bilion. Prestasi ini secara jelas memperincikan kualiti perkhidmatan negara kian bertambahbaik mendorong sokongan masyarakat tempatan.