Setelah mengambilkira peningkatan kos bekalan dan peralatan perubatan, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kini memaklumkan pelarasan naik bagi caj perundingan, kemasukan dan perkhidmatan mereka – berkuat kuasa Januari ini.
Buat pengetahuan umum pelarasan naik kos ini adalah sejak dilakukan pada tahun 2019.
Biarpun sumber pembiayaan utama kekal didasari berlandaskan bantuan kerajaan, namun kenaikan caj tersebut adalah sebahagian tindak balas operasi hospital dalam menambahbaik pendapatan sendiri. Langkah kenaikan bukan bertujuan meningkatkan keuntungan tetapi mengutamakan kestabilan kewangan PPUM bagi jangka masa panjang.
Ini antara kenaikan caj yang berlaku;
- Caj perundingan klinik am RM15
- Caj perundingan pakar RM80
- Caj perundingan susulan pakar RM15-RM50
- Kemasukan wad RM300
- Wad pediatrik RM270
- Wad kecemasan dewasa RM500
- Wad kecemasan kanak-kanak RM650
- Bilik bersalin RM700