Jepun terus memaparkan kualiti pada khidmat penerbangan di Asia Pasifik apabila dua jenamanya iaitu Japan Airlines (JAL) dan All Nippon Airways (ANA) tampil selaku syarikat penerbangan yang paling menepati masa pada 2024.
Data di bawah pengamatan Cirium, firma analisis penerbangan global ini menunjukkan pretasi tepat masa penerbangan JAL telah mencapai 80.9%, sementara ANA pula dengan 80.62%.
Selain dua jenama Jepun, Singapura dengan syarikat penerbangan Singapore Airlines (SIA) menduduki tempat ketiga dengan prestasi ketepatan masa mencapai 78.67%. Disusuli syarikat penerbangan Air New Zealand tempat ke-4 dengan 74.73% ketepatan masa dan Thai AirAsia pula duduki tempat ke-5 dengan 77.44%.
Meskipun kesemua syarikat penerbangan ini telah menunjukkan prestasi yang membrangsangkan namun prestasi menepati masa di Asia Pasifik dilihat telah menurun 1% – perihal ini antaranya disorong isu teknikal, perubahan cuaca dan pengurusan operasi.