Artikel

60% Pembayar Cukai Akui Sistem Percukaian Malaysia Cekap, Lebihi Purata Global – Tinjauan

Sistem percukaian antara badan yang memainkan peranan penting dalam sesebuah negara. Keyakinan yang kukuh pada sistem ini secara langsung membawa gambaran perolehan hasil tersebut membantu rakyat dan pasaran negara ke arah pembangunan yang lebih mampan. Berlandaskan aspek itu, ternyata 60% pembayar cukai negara akui sistem percukaian di Malaysia kini semakin cekap – dilihat lebih mudah dalam mengfailkan penyara cukai dan perolehan pembayaran.

Tinjauan di bawah Association of Chartered Certified Accountants (ACCA), International Federation of Accountants (IFAC), dan Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD) ini dapati 56% penduduk negara yakin akan kutipan percukaian tersebut akan memberi manfaat kembali kepada masyarakat negara dan 40% menyatakan kutipan hasil itu dapat diperlihat pada pembangunan khidmat awam dan infrastruktur di pasaran semasa.

Selain sistem percukaian negara yang semakin bertambah-baik, tahap kepercayaan akan peranan akauntan di Malaysia turut meningkat dengan kadar 80%. Sekaligus memaparkan profesion ini memiliki tahap ketelusan yang tinggi dalam pasaran negara. Rekod sebaliknya dipaparkan pada profesion politik apabila lebih 40% rakyat Malaysia tidak mempercayai kumpulan tersebut.

Namun meskipun kebanyakan aspek memaparkan persepsi yang positif. Tinjauan turut dapati kebimbangan rakyat Malaysia berhubung isu rasuah dan langkah pengagihan cukai yang lebih adil masih lagi wujud. Susulan itu, pentadbiran negara disarankan untuk menangani isu sedemikian bagi mengukuhkan lagi kepercayaan awam berhubung sistem percukaian ini. Adanya pelaksanaan sedemikian, ini akan membantu negara meraih kutipan hasil yang lebih luas dan berupaya meningkat asas cukai secara berkala.