Apple kini menawarkan potongan harga sehingga 500 yuan bagi pembelian model iPhone terbaharunya di China – sebagai langkah untuk pertahankan kedudukan saham pasarannya dalam persaingan bersama Huawei.
Buat pengetahuan umum, Apple kini berdepan kemerosotan pada pasaran sahamnya di China. Keadaan ini menurut Reuters berlaku kesan pasaran ekonomi China yang lebih perlahan disusuli Huawei muncul selaku pesaing utama dalam segmen premium pada Ogos 2023 lalu bersama cip buatan tempatan. Peningkatan penguasaan Huawei pada pasaran premium dengan penawaran harga yang lebih fleksibel dilihat telah memberi saingan sengit kepada Apple.
Maka dengan penawaran diskaun itu, Apple menjangkakan pengukuhan pasaran saham dapat dicapai pada awal tahun ini.
Penawaran itu untuk makluman bermula 4 Januari sehingga 7 Januari dimaklumkan akan melibatkan beberapa model iPhone pada penawaran potongan harga tersebut dengan pilihan pembayaran tertentu seperti WeChat Pay mahupun Alipay. Antaranya melibatkan produk iPhone 16 Pro, iPhone 16 Pro Max serta iPhone 16 dan iPhone 16 Plus.