Setelah memudahkan pengguna dengan penerapan akses bayaran secara nirtunai (tanpa tunai) dengan Touch ‘n Go – pentadbiran negeri Melaka kini dalam usaha meningkatkan sistem pengurusan khidmat beca di negeri tersebut.
Antaranya memastikan semua pengayuh beca dilesenkan dan setiap beca akan dinomborkan dan diberi siri kod QR.
Menerusi kemudahan itu, para pelanggan berupaya mengimbas dan menyimpan maklumat beca yang dinaiki ileh mereka. Pendekatan ini sekaligus akan membantu menjamin keselamatan penumpang dan membantu pengayuh beca akan isu amalan ‘Ali Baba’ iaitu perniagaan beca secara haram yang mengancam peranan perniagaan pengayuh beca berlesen.
Setakat ini terdapat 260 pengayuh beca telah berdaftar di Melaka dan dengan sistem tersebut aliran penempatan khidmat beca juga akan dilaksana secara bergilir di 5 zon di negeri itu. Adanya pelarasan ini, akan lebih mudah untuk pihak berkuasa mengenalpasti pengayuh beca yang tidak berdaftar.