Prospek sektor kewangan perbankan pada tahun ini dijangka terus mengukuh dengan jangkaan aliran pinjaman meningkat sehingga 6% – antaranya didorong kesan kenaikan gaji pekerja negara.
Berlandaskan analisis BIMB Securities pertumbuhan itu akan melibatkan lonjakan pada permohonan pinjaman peribadi, gadai janji serta pinjaman kereta. Malah pinjaman perniagaan turut berpotensi alami kenaikan dipengaruhi aktiviti ekonomi yang lebih baik.
Maka ia secara jelas menunjukkan keuntungan bank akan terus meningkat tatkala Kadar Dasar Semalaman (OPR) stabil di paras 3.00%. Buat pengetahuan umum, prestasi peningkatan pinjaman ini telahpun direkodkan oleh perbankan pada November lalu apabila naik 5.8% dengan jumlah keseluruhan pijaman kekal pada RM2.23 trilion berbanding RM2.11 trilion pada tahun sebelumnya.