Artikel

Pengguna MAE Maybank Kini Boleh Mengunci Dana Pada Akaun – Melalui “Money Lock”

Maybank hari ini mengumumkan pengenalan ciri Money Lock – yang membolehkan pengguna mengunci dana mereka pada aplikasi MAE melibatkan akaun simpanan atau akaun semasa mereka, bagi melindungi daripada sebarang aktiviti penipuan atas talian.

Ciri keselamatan anti-penipuan ini turut membolehkan pengguna MAE memiliki kebebasan penuh dalam menentukan jumlah dana yang ingin dikunci – antaranya bermula dari serendah RM10 sehingga jumlah baki yang tersedia pada akaun pengguna.

Ciri ini untuk makluman tidak akan melibatkan sebarang pengenaan yuran atau had akan bilangan kali Money Lock tersebut diaktifkan. Maka untuk menikmati ciri ini, para pengguna perlu buka aplikasi MAE dan tekan pada bahagian Akaun dan tekan pada ikon Money Lock untuk mengaktifkan tindakan keselamatan tersebut.

Pada pengakitfan itu, pengguna boleh memilih jumlah dana yang ingin dikuncikan oleh anda. Setelah itu, pengguna perlukan sahkan langkah tersebut melalui Secure2u bagi mengaktifkan Money Lock.

Sementara untuk membuka dana di Money Lock atau mengurangkan dana yang telah dikunci, para pengguna MAE hanya perlu laksana proses pengesahan di mana-mana ATM atau cawangan Maybank diseluruh Malaysia.

Bagaimanapun Money Lock ini tidak boleh digunakan untuk transaksi seperti:

  • Pemindahan dalam talian
  • Pengeluaran ATM
  • Penggunaan kad debit
  • Pembayaran bil/kad kredit/pinjaman
  • Penempatan deposit tetap dan arahan tetap