Bermula 1 Januari 2025, para pembayar cukai kini boleh menggunakan pengesahan identiti MyDigital ID anda untuk akses carian Nombor TIN (Pengenalan Cukai) menerusi portal MyTax.
Langkah integrasi ini menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bertepatan dengan agenda Malaysia untuk merancakkan sokongan ekonomi digital di samping memudahkan pengumpulan data dicapai oleh pentadbiran negara.
Oleh itu, pembayar cukai perlu ke laman MyTax dan mengimbas kod QR yang disertakan dengan menggunakan aplikasi MyDigital ID. Pada tindakan itu, perolehan Nombor TIN akan diraih setelah proses pengesahan dicapai.
Selain kemudahan baharu itu, para pembayar cukai turut boleh rujuk secara terus kepada laman MyTax dan pergi ke bahagian Carian TIN untuk perolehan nombor pengenalan cukai tersebut. Pilihan ini untuk makluman menuntut keperluan Nombor Kad Pengenalan atau Pasport, manakala keperluan Nombor TIN untuk bukan pihak individu pula memerlukan Nombor Pendaftaran Perniagaan (BRN) atau Nama Pembayar Cukai yang telah didaftarkan untuk perolehan Nombor TIN tersebut.
Adanya pelaksanaan ini, sekaligus meluaskan lagi asas cukai negara dan membantu memudahkan pembayar cukai dalam menjalankan tuntutan dalam penyeteman dokumen serta surat cara.