Artikel

Rapid KL Rekod Data Tertinggi – Bawa 1.5 Juta Penumpang Pada 31 Disember

Perkhidmatan pengangkutan di bawah kendalian Prasarana, Rapid KL kini berkongsikan berjaya merekodkan jumlah penumpang sehari tertinggi pada 31 Disember 2024 – dengan membawa 1.27 juta penumpang libatkan khidmat tren diikuti 207,266 penumpang pula menggunakan perkhidmatan bas dan ‘Demand Responsive-Transit’ (DRT).

Rekod ini untuk makluman menjadikan ia tertinggi dalam data penubuhannya dan memaparkan kenaikan 30% berbanding purata harian 2024.

Untuk perincian lanjut, rekod ini merangkumi penggunaan laluan Transit Aliran Ringan (LRT) Kelana Jaya dengan jumlah penumpang tertinggi seramak 345,791, sementara Transit Aliran Massa (MRT) Kajang (368,018), LRT Ampang-Sri Petaling (244,878) dan MRT Putrajaya (221,252).

Melihat pada prestasi ini bersama dedikasi 3,000 kakitangan Rapid KL – komitmen ini memberi cerminan akan potensi kualiti perkhidmatan awam negara di pasaran semasa. Adanya peningkatan kualiti ini, ia turut berupaya merealisasikan matlamat negara dengan menyasarkan 40% penduduk Malaysia manfaatkan pengangkutan awam menjelang 2030.