Artikel

ASNB Akan Kenakan Caj Perkhidmatan 0.3% Setahun Pada Pelaburan RIA – Mulai 1 Januari 2025 Ini

Berkuatkuasa 1 Januari 2025, Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) memaklumkan fi perkhidmatan sebanyak 0.3% setahun akan dikenakan ke atas pelaburan dalam RIA, penasihat pelaburan robo.

Pengenaan caj fi ini akan melibatkan jumlah pelaburan dalam akaun pelabur yang diakru setiap hari berdasarkan Nilai Aset Bersih (NAB) portfolio RIA.

Ini bermakna pelaburan yang miliki lebih daripada satu portfolio tidak akan berdepan caj tambahan susulan fi perkhidmatan ini dikira ke atas jumlah keseluruhan pelaburan. Maka para pelabur tidak perlu khuatir berikutan tiada sebarang yuran tersembunyi berkaitan pelaburan dalam Ria dilaksanakan selain fi perkhidmatan tersebut.

Buat pengetahuan umum, pelaksanaan caj perkhidmatan ini telah pun dikecualikan sejak pelancarannya sehingga 31 Disember 2024, hari ini. Tindakan itu bertujuan untuk menggalakkan kemasukan para pelabur pada akses pelaburan ini. Secara menyeluruh sehingga Mei lalu terdapat lebih 16,000 pengguna telah melabur dalam RIA yang merekodkan lebih RM6 juta pada segmen pelaburan semasa.