Artikel

Melaka Mahu Bangunkan Aplikasi Khas Pelancongan – Perluas Akses Ekonomi Setempat

Selain dalam usaha membangunkan Melaka Super App, pentadbiran negeri itu kini dalam pertimbangan untuk membangunkan aplikasi khas bagi sektor pelancongan negeri yang dikenali sebagai aplikasi Smart Heritage Tourism.

Sasaran itu menurut exco pelancongan akan dilengkapi dengan sokongan kecerdasan buatan (AI) untuk meningkatkan lagi kecekapan panduan kepada pengalaman para pelancong di lokasi ekonomi setempat. Antaranya kemudahan ciri ChatBot secara teks dan audio serta ciri interaktif seperti realiti maya (VR) dan realiti terimbuh (AR).

Adanya akses itu, kerajaan turut miliki perancangan untuk mengintegrasikan aplikasi ini bersama Melaka Super App kelak. Melihat pada potensi itu, ini akan memudahkan kumpulan pelancong dan menggalakkan lagi lebih ramai pengguna manfaatkan akses digital dalam sektor pelancongan negara.