Artikel

Proses Sarawak Ambil Alih MASwings, Dijangka Selesai Suku Pertama 2025

Rentetan berdepan isu percanggahan pada penilaian aset, Sarawak memaklumkan pengambilalihan syarikat penerbangan MASwings alami penangguhan dan dijangka akan dimuktamadkan menjelang suku pertama 2025.

Langkah ini dijelaskan telahpun mendapat persetujuan secara prinsip antara Kementerian Pengangkutan Sarawak (MOTS) dan Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM).

Lanjutan ini untuk makluman memerlukan semakan terperinci melibatkab penilaian aset Sarawak dan penilaian MASwings. Di mana penyelesaian itu kelak akan melibatkan pihak ketiga selaku penilai bebas yang berperanan laksana penilaian aset secara menyeluruh.

Biarpun tindakan ini memperlihatkan proses rundingan dilanjutkan namun kedua pihak optimis untuk mencapai penyelesaian bersama tidak lama lagi. Melalui komitmen ini, ia kelak akan membantu kerajaan Sarawak menyediakan perkhidmatan penerbangan yang lebih fleksibel bersama penawaran harga tiket yang lebih stabil pada laluan Semenanjung-Borneo.