Bermula 31 Disember ini, Setel aplikasi sehenti Petronas yang memudahkan pengguna mengisi minyak petrol di samping meraih ganjaran lain pada segmen perniagaan mereka – kini memaklumkan akan laksana tempoh bertenang 6 jam, sebagai langkah menambaikbaik tahap keselamatan akaun pengguna.
Ciri ini menurut notis Setel akan diaktifkan apabila pengguna laksana akaun baharu mahupun memautkan akaun anda pada peranti baharu. Maka ciri tersebut akan diaktifkan.
Susulan itu, dalam tempoh bertenang tersebut – Setel menggariskan terdapat beberapa ciri tidak akan tersedia ia antaranya pembayaran menerusi kod QR Setel, kod QR DuitNow, pembelian runcit PETRONAS serta urusan libatkan cukai jalan, insurans kenderaan, khidmat pelanggan dan perkhidmatan kereta.
Namun pengguna tidak perlu khuatir, terdapat sebilangan ciri masih boleh digunakan pada tempoh tersebut ianya adalah mengisi minyak petrol, pengecasan EV, parkir, bayaran di Kedai Mesra dan Cafe Mesra.
Menerusi notis ini, diharap semua pengguna Setel peka akan pengenalan ciri tersebut dan diberi jaminan segala ciri aplikasi akan dapat digunakan setelah tempoh bertenang 6 jam tersebut selesai.