Bagi memastikan semua pihak peka akan maklumat percukaian di Malaysia – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kini mengumumkan lantikan 26 pempengaruh media sosial untuk menyokong pendekatan tersebut pada perancangan tahap kesedaran percukaian tahun 2025.
Untuk terus memastikan maklumat percukaian diperluas dari semasa ke semasa, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kini melantik seramai 26 pempengaruh media sosial untuk pendekatan tersebut.
Lantikan di bawah Rakan Strategik HASiL (RASH) ini untuk makluman merangkumi penyertaan pempengaruh media sosial merentasi pelbagai bidang dan latar belakang. Tidak sekadar keusahawanan, tetapi juga melibatkan wakil dalam perubatan, pengacaraan, fesyen, agama, pengurusan kewangan, keibubapaan serta pakar keselamatan.
LHDN melihat usaha ini tidak sekadar meluaskan pendidikan berhubung percukaian tetapi turut membantu pihak berkuasa membentuk persepsi yang jelas dan positif bersama masyarakat negara. Ini senarai 26 pempengaruh media sosial yang terlibat:

