Walaupun Pulau Pinang kelihatan padat pembangunannya, namun ketika ini negeri tersebut sedang berdepan kekurangan hotel bagi menampung penginapan untuk pelancong asing, yang jumlahnya kian bertambah.
Menurut Ketua Menteri Chow Kon Teow, ketika ini terdapat sekitar 12,000 bilik hotel tersedia di Pulau Pinang namun jumlah itu jelas tidak mencukupi dengan kadar kemasukan pelancong domestik dan asing yang direkodkan semakin meningkat. Buat pengetahuan umum, sehingga Oktober lalu seramai 6.18 juta pelancong domestik dan asing telah dicatatkan pada kemasukan di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PIA).
Maka keperluan pertambahan hotel di Pulau Mutiara ini wajar disegerakan bagi memenuhi permintaan penginapan kalangan pelancong. Difahamkan antara lokasi tumpuan perluasan akses hotel adalah melibatkan kawasan Seberang Perai.
Berdasarkan status semasa sejak Ogos lalu, dijangka terdapat 10 hotel baharu akan dibuka di Pulau Pinang. Adanya perkembangan tersebut, ia akan membantu negeri meningkatkan lagi kualiti penawaran perkhidmatan pelancongan kepada para pengunjung. Lebih menarik, usaha perluasan akses ini turut akan membantu menarik lebih ramai kemasukan pelancong di masa hadapan.