Awal tahun 2025 akan memperlihatkan tindakan pemeriksaan timbangan sawit secara mengejut akan dilaksanakan oleh anggota penguatkuasa Lembaga Minyak Sawit (MPOB) ke atas syarikat peraih buat sawit. Langkah itu bertujuan melindungi hak pekebun kecil daripada tindakan memanipulasi timbangan sawit pada pasaran semasa.
Pemeriksaan iniuntuk makluman akan dilengkapi resit bersama maklumat terperinci berhubung jumlah berat timbangan dan kadar hasil minyak (OER) sebenar – sebagaimana yang ditetapkan di bawah Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK).
Sekiranya terdapat aduan dan hasil semakan mendapati kiraan timbangan masih dimanipulasi maka kumplan syarikat terlibat akan berdepan tindakan perundangan, ini termasuklah lesen perniagaan mereka tidak akan diperbaharui.